KEADAAN NERAKA WAKTU DI CIPTAKAN ALLAH


"Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

”Api neraka itu dinyalakan hingga 1000 tahun hingga menjadi merah, kemudian dinyalakan di atasnya selama 1000 tahun hingga menjadi putih, kemudian dinyalakan lagi selama 1000 tahun hingga menjadi hitam, maka ia menjadi hitam dan gelap.”
(HR. Tirmidzi)

Dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
”Apimu ini (api di atas dunia ini) adalah satu bahagian dari 70 bahagian api Jahannam. Kalau sahaja ia tidak dipadamkan dua kali tentulah kamu tidak dapat memanfaatkannya, dan ia berdoa kepada Allah agar ia tidak dikembalikan ke dalam neraka.”
(HR. Ibn Majah)

Ka’bah Al-Ahbar berkata: ”Demi Allah, yang nyawaku berada di tangan-Nya, seandainya engkau berada di timur dan api neraka berada di barat, kemudian ia disingkapkan, nescaya otakmu akan keluar dari ke dua lubang hidungmu kerana sangat panasnya. Wahai orang-orang beriman, apakah kamu merasa tenang dengan kenyataan ini? Apakah kamu akan tahan dengan kenyataan ini? Wahai orang-orang yang beriman, sebenarnya mentaati Allah lebih ringan dari seksaan ini, oleh itu , taatilah Dia.”

Diriwayatkan bahawa Allah S.W.T. mengutuskan malaikat Jibril kepada Nabi Adam a.s. supaya memperoleh sedikit api dan diberikan kepada Nabi adam a.s. agar ia mudah memasak makanan. Maka datanglah Jibril kepada malaikat Malik, lalu malaikat Malik bertanya: ”wahai Jibril apakah yang engkau kehendaki dari neraka ini?”
Pertanyaan malaikat Malik itu dijawab oleh malaikat Jibril: ”Wahai Malik, berikanlah aku api dari neraka itu agak sebesar buah kurma.” Maka berkata Malik: ”Wahai Jibril, jika sebesar kurma aku keluarkan dari neraka itu, maka akan hancurlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi kerana panasnya.”
Mendengar keterangan dari malaikat malik, Jibril lalu pergi menghadap Allah S.W.T seraya berkata: ”Ya Allah, berapa besar api yang akan aku ambil dari neraka untuk diberikan kepada Adam?” Kata Allah: ”Ambillah sebesar debu.” Lalu malaikat Jibril mengambil api neraka itu sebesar debu dan di bawa turun ke dunia untuk diberikan kepada Adam. Sebelum diserahkan kepada Adam, api neraka itu dicelup ke dalam sungai sebanyak 70 kali.
Lalu Jibril pun meletakkan api itu diatas bukit yang tinggi, maka bukit itu pun hancur luluh dan bahangnya ditinggalkan, sedangkan api neraka sebesar debu itu dikembalikan oleh Jibril ke neraka semula.

Dalam riwayat lain pula di katakan, bahawa Jibril pernah berkata kepada Rasulullah S.A.W. ”Demi zat yang menguruskan dengan hak seseorang Nabi, sekiranya neraka itu dibuka sebesar lubang jarum ke arah matahari terbit, sungguh akan terbakarlah manusia yang ada di bumi kerana sangat panasnya. Andaikata pakaian ahli neraka digantung antara langit dan bumi, maka akan matilah seluruh penghuni bumi kerana panasnya. Andaikata ada satu hasta rantai yang Allah sebutkan di dalam al-Quran itu di letakkan di atas gunung, nescaya kan tembuslah guning itu hingga ke dasar bumi yang tujuh.
Original Article From:
Ikhwanul

Kisah Neraka Jahanam
Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hiam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."

Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

Diriwayatkan daripada Umar bin Al-Khatab r.a. bahawa Jibril telah datang berjumpa Rasulullah SAW bukan di waktu ia selalu datang. 

Rasulullah SAW menghampiri Jibril dan berkata : "Hai Jibril, mengapa wajahmu berubah ?"

Jawab Jibril : "Aku diperintahkan datang untuk menerangkan tentang semburan api neraka"

Rasulullah SAW berkata :"Terangkan kepadaku tentang keadaan Neraka dan Jahannam'

Jawab Jibril : "Sesungguhnya Allah memerintahkan agar jahanam dinyalakan apinya selama 1000 tahun, sehingga berubah warnanya menjadi putih. Kemudian diperintahkan agar dinyalakan 1000 tahun lagi, lalu apinya menjadi merah. Setelah itu diperintahkan supaya dinyalakan selama 1000 tahun lagi, maka apinya menjadi hitam pekat dan tidak padam-padam. Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, sekiranya lubang neraka itu dibuka sebesar lubang jarum, maka terbakarlah bumi dan segala isinya kerana betapa panasnya. Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, sekiranya salah seorang dari penjaga-penjaga neraka ini diutuskan ke bumi ini, nescaya matilah semua manusia kerana wajahnya hodoh dan baunya terlalu busuk. Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, jika satu lingkaran daripada rantai neraka diletakkan di atas sebuah gunung, maka tembuslah gunung itu hingga ke dasar bumi yang paling bawah sekali.

Rasulullah SAW berkata : "Nasib baik aku tidak mati kerana pecah jantung kerana mendengar keteranganmu ini"

Rasulullah SAW melihat Jibril menangis dan beliau turut menangis sambil berkata ; "Mengapa engkau menangis, sedangkan kedudukan engkau begitu rupa di sisi Allah SWT"

Jawab Jibril : "Bagaimana aku tidak menangis, malah akulah yang lebih berhak untuk menangis, kerana siapa yang tahu tentang keadaanku dalam ilmu Allah tidak seperti yang aku ketahui. Saya tidak tahu adakah saya akan mengalami cubaan seperti iblis, sedangkan iblis itu adalah golongan Malaikat. Dan aku tidak tahu apakah aku akan mengalami apa yang dialami oleh Malaikat Harut dan Marut"

Kemudian kedua-dua mereka terus menangis sehingga datanglah seruan dari langit yang berbunyi : "Wahai Jibril, wahai Muhammad, sesungguhnya Allah Azza Wajalla telah menjamin engkau berdua tidak akan derhaka".

Lalu Jibril naik ke langit dan Rasulullah SAW meneruskan perjalanan beliau sehingga berjumpa dengan sekelompok orang-orang Ansar yang sedang bermain dan ketawa.

Lalu Rasulullah SAW berkata kepada mereka : "Apakah kamu ketawa, sedangkan di belakang kamu Neraka Jahannam. Sekiranya kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan ketawa sedikit dan banyak menangis, kamu tidak akan makan dan tidak minum, malah akmu akan pergi ke tempat yang tinggi untuk memohon dan meminta pertolongan Allah SWT.

Diriwayatkan oleh Ahmad daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW menanya Jibril : "Kenapa saya tidak pernah melihat Malaikat Mikail ketawa ?"

Jawab Jibril : "Mikail tidak pernah ketawa sejak Allah menjadikan Neraka"